Y3hoo™

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Forum Gaul dan Informasi

INFO UNTUK ANDA

Y3hoo Ada di Facebook

Share Y3hoo ke Twitter

Follow Me

Image hosted by servimg.com

Y3hoo Mailing List

Enter Your Email Address:

Latest topics

» Apa Itu Dejavu
Langit tidak senantiasa cerah Icon_minitime1Mon Nov 23, 2020 5:23 am by y3hoo

» Tentang Tisu Magic
Langit tidak senantiasa cerah Icon_minitime1Wed Jul 17, 2019 7:29 am by jakarta

» Ini 5 Tata Cara Makan Gaya China yang Penting Ditaati
Langit tidak senantiasa cerah Icon_minitime1Tue Sep 11, 2018 11:37 am by jakarta

» Cara Mengetahui IP address Internet
Langit tidak senantiasa cerah Icon_minitime1Fri Aug 03, 2018 11:31 am by alia

» Angleng dan Wajit
Langit tidak senantiasa cerah Icon_minitime1Mon Jul 23, 2018 10:40 am by jakarta

» Penginapan-penginapan Unik dan Recommended di Cikole, Lembang
Langit tidak senantiasa cerah Icon_minitime1Mon Jul 09, 2018 11:59 am by flade

» Tips Bercinta dari Wanita yang Sudah Survei ke Lebih dari 10 Ribu Pria
Langit tidak senantiasa cerah Icon_minitime1Thu Jun 21, 2018 2:57 pm by flade

» Cara Menghilangkan Activate Windows 10
Langit tidak senantiasa cerah Icon_minitime1Fri Jun 15, 2018 2:08 pm by y3hoo

» Selamat Hari Raya Idul fitri 1439 H /2018 M
Langit tidak senantiasa cerah Icon_minitime1Thu Jun 14, 2018 9:40 am by y3hoo

IKLAN ANDA


    Langit tidak senantiasa cerah

    bintanglaut
    bintanglaut


    30
    01.01.10

    Langit tidak senantiasa cerah Empty Langit tidak senantiasa cerah

    Post  bintanglaut Sun Apr 25, 2010 8:25 pm

    Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kala itu, kita juga lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, biru dan bersih tiba-tiba menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang. Ianya samalah seperti kehidupan kita dalam berpasangan. Adakala tenang setenang-tenangnya dan adakalanya berombak kuat porak peranda. Sesetengah orang ada kata,

    “Hidup umpama roda. Kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah.”

    Memang tipulah kalau saya katakan yang saya tidak pernah berselisih faham dengan Mrs Teddy. Mesti akan adanya sedikit sebanyak masalah yang timbul apabila kami bersama. Kadang-kala isu yang kecil pun boleh menjadikan kita “kurang mesra” bersama dengan pasangan kita.

    Tetapi apabila timbul isu seperti ini, kita perlulah sedar dan segera bertolak ansur antara satu sama lain. Ini kerana, apabila berlaku sesuatu percanggahan janganlah kita biarkan ia menjadi lebih besar. Takut nanti akan lebih memudaratkan keadaan. Tetapi, bagaimanakah caranya?


    Cara yang terbaik adalah berdiam sebentar. Kita biarkan diri kita tenang dan relax sebelum kita berbincang semula mengenai masalah yang timbul itu. Ini juga dapat memberikan si dia masa untuk turut berfikir mengenai kesilapan yang mungkin dilakukan oleh dirinya sehingga tercetusnya perbalahan.

    Dengan cara ini, kedua-dua belah pihak dapat memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi menjaga hubungan mereka. Tetapi, janganlah menjadikan penyelesaian yang bakal diambil itu sebagai bahan api yang memarakkan lagi masalah yang ada. Kita kenalah bersikap matang dan terbuka dalam menerima pendapat si dia.

    Jadi, diharapkan dengan tips ini, dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea untuk menyelesaikan masalah dengan pasangan anda. Ianya juga boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah dengan orang lain seperti rakan sekerja, bos kita ataupun dengan sesiapa sahaja.

    Bagaimana pula dengan anda? Sekiranya anda sedang “kurang mesra” dengan kekasih, apakah tindakan yang anda lakukan?

      Waktu sekarang Fri Nov 15, 2024 4:01 pm